Akhirnya saya berpeluang menonton Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (HMJPT), tengok dekat Astro First je, nak tengok wayang hari tu tak jadi sebab rata-rata rakan memberi feedback yang kurang memberansangkan. Aneh juga, sebab kalau kita tengok Zombie Kg. Pisang dengan Hantu K. Limah gelak juga….kenape eh? Haa…jom layan review Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (HMJPT)
Sinopsis:
Kali ini, Husin pulang semula ke Kg. Pisang setelah beliau bankrup akibat melibatkan diri dengan MLM. Kak Limah dah pulih. Abi Hurairah dah xde dan Usop Wilcha dah naik motor sekarang. Ketiadaan Che Nin menyebabkan bekas kekasih lama Husin, Mon (which actually orang lain yang telah mati) cuba merapati Husin.
Mon membawa Husin ke alam ghaib, menyebabkan penduduk kampung melancarkan operasi mencari Husin. Mon ni anak Pak Abu, tapi dia ni hidup ke mati? Dibantu Dr. Samsuddin yang tiba-tiba muncul, berjayakah mereka menyelamatkan Husin? Siapa Mon dan Siapa Jin Pakai Toncit? Hehe…
Ulasan Kakiwayang.com
Mostly yang datang tengok filem ni adalah orang yang telah kagum dengan filem Zombie Kg. Pisang dan Hantu Kak Limah. Itu sememangnya advantage yang sangat bagus dengan filem ni, disamping pengarah xperlu struggle buat introduction banyak sangat dan pelakon boleh terus buat lawak watak masing2…
Filem dimulakan dengan suspen iaitu jantan-jantan di Kg. Pisang hilang satu demi satu pada setiap 45 tahun. Sampai separuh filem ni pun masih menjadi tanda tanya, apakah atau siapakah yang menculik jantan-jantan tersebut. Ni syok sebab kita cam cuba meransang minda apa yang sebenarnya terjadi
Watak Abi Hurairah yang dihilangkan sebenarnya memberi impak serta kekurangan yang agak besar di situ. Dilihat banyak babak Usop cuba diketengahkan sambil dibantu Wan, tapi ia masih belum sehebat gandingan Que+AC dalam Zombi Kg. Pisang dan Abi+Usop dalam Kak Limah. Elemen lawak tahap Maharaja Lawak telah dikurangkan kepada tahap Raja Lawak 6 sahaja.
Awie macam biasa, Ezlyn pun cam biasa. Kalau kita tengok yang lepas2 pun, diorang ni kelakar tapi kelakar biasa2 je lah, xde trending sangat. Just nice, bak kata omputih.
Ada beberapa babak yang fun dalam HMJPT ni, iaitu babak main galah panjang depan surau…pastu yang Pak Abu cakap ‘dengar, dengar, abaya2..atau dalam bahasa Yahudinya’….paling kelakar maybe babak halusinasi tu…yang tahap mengigil semua orang…. Then menarik gak pasal yang bankrup kerana kontrak dekat KL tu, antara watak2 pure Perak yang boleh dinaikkan. …
Then, dalam filem ni ada banyak teknik CGI yang digunakan…ok la kita boleh terima untuk filem tempatan…mungkin ini eksperimen….cuma sikit ralit bila filem ini ialah filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit…kita ingat ala2 cite kampung kelakar cam K.limat..,..tapi sekali CGInya adalah bayang hitam yang ala2 harry potter…gilewr uh…then Jin yang sangat CGI tu dah rupe game PS3 plak..huaweii..
30 minit terakhir – time tu rasa seronok sikit sebab misteri tu mula terungkai…lagi2 bila jalan cerita tu dia ada ‘twist’ dia. Tu wajar dipuji uh, bagi sebuah filem tempatan. http://www.kakiwayang.com/filem-2013/husin-mon-dan-jin-pakai-toncit-pisang-jadi-hogwarts.html http://www.kakiwayang.com/filem-2013/husin-mon-dan-jin-pakai-toncit-pisang-jadi-hogwarts.html http://www.kakiwayang.com/filem-2013/husin-mon-dan-jin-pakai-toncit-pisang-jadi-hogwarts.html http://www.kakiwayang.com/filem-2013/husin-mon-dan-jin-pakai-toncit-pisang-jadi-hogwarts.html http://www.kakiwayang.com/filem-2013/husin-mon-dan-jin-pakai-toncit-pisang-jadi-hogwarts.htmlCuma ada sedikit was-was, dapatkah penonton menerima idea yg Kg. Pisang ni sebenarnya ala2 Hogwarts dalam Harry Potter..yang ada monster, roh asap hitam tu…
Mana yang tengok akan cakap, ‘pergh, cam harry potter’….ada yang boleh terima, ada yang akan ralit…perasaan dia sama seperti time tengok Misteri Jalan Lama yang tetibe ada kapal bahtera tu…or bayangkan korang tengok Shanghai Noon, ingat koboi2 dan kungfu, sekali ada monster dan ahli sihir cam Harry Potter…..rasa weird sikit…tp pikir 2-3 kali…then cam ok la fine…
Dan, kelemahan paling abadi filem ni ialah pergerakan dia yang slow….dari babak ke babak tu agak mengantuk… antara part obvious adalah time lagu lama ‘recycle’ tu leh tido….then yang Awie bersilat sorang2 dekat hutan…..then time Pak Abu cite pada suatu zaman dahulu dia dan Pak Jabit bankrupsi, tahun bertahun2…
Kesimpulan dia di sini, filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit adalah filem biasa-biasa je…..Ok la kalau korang nak isi masa lapang menonton filem ni, tapi nak kata filem ni kelakar gile or superb memang tak uh…biasa je…boleh kita gelak sama2 time raya nanti..
kalau korang check kutipan amat tinggi untuk filem ni meskipun yang keluar tu ada juga yang kecewa (dan ada juga yang claim hilarious sangat kan)…apa yang kami boleh kata, mungkin akibat expectation yang tinggi dek kerana hebatnya Zombie Kg. Pisang dan Hantu Kak Limah…..nak tau best tak best? Sila tonton filem ni dengan semangat abadi…
Sekian saja review kami…kalau ada pendapat dan opinion2 lain, ayuh sharekan di ruangan komen Kakiwayang.com…jumpa lagi…daaa…