Quantcast
Channel: Kakiwayang.com » Filem 2013
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9

Rock Oo : Filem Yang Best Kan..an…an…an…

$
0
0

Rock Oo : Filem Yang Best Kan..an…an…an…

 

Hari tu ada kawan ajak tengok filem Rock Oo…akhirnya, ada juga orang yang ajak tengok filem Melayu kerana saya sendiri sukar dapat teman tengok filem Melayu kerana trauma..maklumlah, wayang ni bukan cam beli baju, leh try fitting xsuka leh cancel..once dah beli tiket, duduk lah dalam panggung tu…

 

Filem ni mengisahkan perjuangan kumpulan Rimba Bara yang asalnya dianggotai oleh Amy Mat Piah, Zack, Jijoe, Black dan Zul Kapan. Kalau korang tengok filem 1st, korang rasa ralit sikit sebab kalau ikut filem 1st tu 4 tahun lepas diorang menang, Zack kahwin n xaktif, pastu Jijo mati..

Tapi dalam filem ni ada balik Jijoe….so fine, lupakan filem 1st, layan dulu sinopsis filem kedua..

 

Rock Oo : Filem Yang Best Kan..an…an…an…

 

Sinopsis

Bermula dengan satu ketika selepas Zack dah xde, Zul Kapan pula meninggalkan RimbaBara kerana dapat kontrak bersama Malaikat Maut. Jijoe dan Black sudah kecewa dan berputus asa. Tapi Amy Mat Piah bersungguh2 mahu membangunkan semula Rimba Bara, dengan harapan dia dapat menjadi penyanyi utama Rimba Bara.

 

Jijoe, Black dan Amy memulakan pencarian pemain gitar baru menggantikan Zack. Dan berjumpa Slash. Pelbagai peristiwa terjadi apabila kumpulan ini sekali lagi mencuba nasib untuk membina nama di KL setelah di’kencing’ pada kali pertama mereka ke KL suatu ketika dulu.

 

Rock Oo : Filem Yang Best Kan..an…an…an…

 

Ulasan Kakiwayang.com

Khir Rahman dan Que Haidar sememangnya menghidupkan filem ni. Khir Rahman dengan dialog2 semangat motivasi dia, dengan mimik muka yang sangat Rock itu…buat orang tergelak2 tengok. http://www.kakiwayang.com/filem-2013/rock-oo-filem-yang-best-kan-ananan.html http://www.kakiwayang.com/filem-2013/rock-oo-filem-yang-best-kan-ananan.html http://www.kakiwayang.com/filem-2013/rock-oo-filem-yang-best-kan-ananan.html http://www.kakiwayang.com/filem-2013/rock-oo-filem-yang-best-kan-ananan.html http://www.kakiwayang.com/filem-2013/rock-oo-filem-yang-best-kan-ananan.htmlBegitu juga Que Haidar, tapi ini 15 minit pertama yang menonjol, lepas tu dah cam biasa je dia.

 

Antara dialog yang best ialah

- Khir Rahman wat trademark ‘an..an..an….an?’ dia..

- Tiga benda yang boleh menjatuhkan negara – rasuah, tak menepati masa dan chinggey…

- Kapal selam kalau tak boleh menyelam, baik pegi darat, jadi reban…

 

Rock Oo : Filem Yang Best Kan..an…an…an…

 

Mamat Khalid sememangnya buat dialog ni ada maksud2 tersirat….cam watak Amy Mat Piah yang memang vokal ke laut tapi bersungguh nak jadi watak utama….cam orang nak pegang jawatan…tapi  orang bagi can dia buat rosak pulak, camne nak jaga hati kan?….then watak gadis warung yang memikat Black tu…ha, ada isi tersirat tu..jangan memacam…

 

Babak-babak pun banyak yang menarik….time Zul Kapan bersilat akibat lapar, dan diorang sengsara akibat kene ‘game’ tu…dah la rumah pangsa tu sangat PPR kan…sedih gila tengok…

 

Babak ‘ini membuktikan time darurat, Rockers boleh bersatu’ dan ‘Kucing ni adalah simbol survival’ mungkin boleh diabadikan sebagai babak paling lawak dalam filem ni. Memang kelakar uh, rasa cam aneh kalau tengok filem ni orang tak gelak meskipun filem ni bukanlah filem lawak sepenuhnya seperti Wawa Semput dan Ajiboy..

 

Rock Oo : Filem Yang Best Kan..an…an…an…

 

Watak Slash Haji Tapah sangat stailo-mylo…memang tertawan wanita melihatnya….plus dia pulak diiringi watak gadis innocent yang merupakan kekasihnya…memang ada isi tersirat di situ….Pekin berlakon memang cool walau dialog xbanyak….rasa cam xde pelakon lain yang boleh bawak watak Slash tu..

 

Ada yang kata ini macam sejarah filem Wings (lagi2 sebab ada babak kat kolam tu)….tapi tak tahulah saya..maybe leh tanya yang otai2?

 

Kamu juga patut puji props dan latar tempat yang dibawakan dalam filem ni…memang agak detail dan kita dapat rasakan Mamat Khalid buat filem ni dengan jiwa dia…sampai majalah Gelihati yang oldskool tu pun dapat kita lihat dalam filem ni….ini bukan kerja senang, bila nak buat filem pasal zaman yang selain dari zaman sekarang…banyak props nak kene cari woo..

 

Berbanding filem 1st, filem kedua ni lagi jelas gambar dia…sampai nampak obvious sangat muka Khir Ibrahim…rock habis…

 

Rock Oo : Filem Yang Best Kan..an…an…an…

 

Okeh, in term of kekurangan plak, yang paling jelas dah tentu seperti yang saya ceritakan di awal tadi, kurang kesinambungan di antara filem 1st dan 2nd…….ini sedikit menjejaskan keseronokan…

 

Then, cerita ni adalah kita follow je flow dia, tetiba dah habis…dapat dilihat di sini filem ni tiada klimaks sebenarnya…dia adalah penceritaan kesusahan demi kesusahan dan akhirnya berjaya…cam kita tengok sejarah…..best sikit di hujung ada cerita pasal krisis taun 90an dimana Rock diharamkan dan semua tak boleh simpan rambut panjang…meski time tu jugalah Rock mencipta fenomena hingga ke Anugerah Juara Lagu…

 

Last, watak Saiful Apek yang kelihatan sedikit kekok nak cakap Terengganu….sikit weird tapi sebab watak tu adalah penagih dadah, so Saiful Apek mungkin adalah orang paling sesuai untuk watak itu…

Rock Oo : Filem Yang Best Kan..an…an…an…

 

Okeh, anyway Kakiwayang.com ucap tahniah la kepada produksi Rock Oo ni sebab dicelah2 kekusutan filem Melayu 3-4 bulan ni, muncul jua satu filem yang kita boleh anggap berkualiti dan berbaloi keluar duit tiket menontonnya…..tidak hairan ia akan mencatat kutipan yang baik…..sapa yang belum tengok, pergilah tengok…mesti seronok……

 

Sekian, itu saja review dari kami di Kakiwayang.com…hingga kita berjumpa lagi….ciao…

 

Rock Oo : Filem Yang Best Kan..an…an…an…

 

 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9