Quantcast
Channel: Kakiwayang.com » Filem 2013
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9

The Hobbit : The Desolation of Smaug (2013) – Pengembaraan Si Kerdil Melawan Naga

$
0
0

The Hobbit : The Desolation of Smaug (2013)   Pengembaraan Si Kerdil Melawan Naga

 

Filem ini merupakan kesinambungan dari filem The Hobbit An Unxpected Journey (2013) dan juga semua orang tahu lepas filem ni akan ada sambungannya iaitu The Hobbit : There and Back Again (2014). Jadi korang yang biasa tengok filem bersambung2 pun tahu filem macam ni kurang syok sikit sebab ending dia biasa tergantung….but kalau korang memang follow LOTR, semestinya korang tak mau lepaskan filem ni…tak gitu? Ok, jom layan review Kakiwayang.com tentang filem ni…

 

Sinopsis sikit :

Seperti yang kita tahu, ini adalah kisah pengembaraan Bilbo Baggins mengikut sekumpulan Dwarf yang diketuai Thorin Oakenshield. Geng Dwarf ni dia nak tuntut balik Kingdom of Erebor yang telah ditakluki oleh seekor naga bernama Smaug. Yang leciaq nya diorang ni juga diburu oleh Orc yang dikawal oleh somebody yang cuba nak gagalkan perjalanan diorang.

The Hobbit : The Desolation of Smaug (2013)   Pengembaraan Si Kerdil Melawan Naga

So, babak last Hobbit : An Unxpected Journey tu adalah diorang ni baru sahaja terselamat dari Azog (Ketua Orc) and the geng. Tapi, apa2 pun pemburuan berterusan….hehe….. ok, dalam ni jugak diorang telah melibatkan geng Elf (mesti korang ingat Legolas) dan juga kaum Manusia dari kerajaan Dale.

Menarik kan..sebab Elf pun bukan suka sangat Dwarf. And for me misi ni cam misi yang sangat mustahil…camne pulak geng2 Dwarf ni nak bantai naga yang besar amat itu…dan nak lari dari Orc dengan kaki2 kecil diorang…haish…

 

Ulasan Kakiwayang.com :

Bagi peminat LOTR dan seangkatan dengannya, filem sebegini memang seronok sebab dia seolah2 kita masuk dalam satu dunia lain selama 2 jam setengah tu. Very fantasy gitu. Dan produksi untuk filem sebegini pun kita boleh tengok dia punya hard effort sepanjang buat filem sebegini. So bagi orang macam saya, I really appreciate this kind of movie.

The Hobbit : The Desolation of Smaug (2013)   Pengembaraan Si Kerdil Melawan Naga

Tapi tak best jugak filem ni kalau prop grafik semua gempak tapi jalan cerita hancur. Oh, don’t worry sebab filem ni jalan cerita layan. But problem adalah filem ni adalah yang ke-2 dari 3 episod. So tak best kalau ko tak tengok filem yang 1st, dan tak best sebab ending dia tak betul2 habis..saja je nak bagi ko berdebar tunggu filem ke-3..cis..

Ok, kita dapati Bilbo Baggins semakin berani ya dalam filem ke-2 ni, beliau dah mula aggressive dan semakin brutal…ya, maybe itu salah satu effect cincin tersebut…..ya cincin tu memang sangat la banyak selamatkan nyawa diorang ni..

The Hobbit : The Desolation of Smaug (2013)   Pengembaraan Si Kerdil Melawan Naga

Dan yang menarik bagi saya ialah beberapa watak yang muncul dalam filem Hobbit ke-2 ini iaitu Legolas (of course korang kenal dia sebab dia hensem), the Tauriel (golongan Elf  perempuan yang power juga dalam bertempur – bercinta dengan Legolas beb) dan juga Bard (keturunan hero Dale ni – lakonan Luke Evans). Wah, seronok la tengok Luke Evans dalam filem ni, macho ala Orlando Bloom, selepas menarik perhatian ku dalam Fast & Furious 6 and The Three Musketeers.

 

Scene paling best?? Tentulah masa Legolas dan Tauriel yang nak kejar Dwarf tapi dalam masa yang sama nak lawan Orc yang juga nak kejar Dwarf. Dan geng Dwarf pulak dalam tong2 air yang mengalir deras di sungai. Teruja menonton scene tu sebab macam2 skill ada. Plus dia sambil lari sambil lawan. Laju plak tu arus sungai tu.

 

Yang kurang best adalah musykil kenapa tong tu tak dimasuki air lantas tenggelam. Bertuah sangat la geng Dwarf ni.. tak pecah2 plak tu tong biarpun ada banyak batu kat situ. http://www.kakiwayang.com/filem-2013/the-hobbit-the-desolation-of-smaug-2013-pengembaraan-si-kerdil-melawan-naga.html http://www.kakiwayang.com/filem-2013/the-hobbit-the-desolation-of-smaug-2013-pengembaraan-si-kerdil-melawan-naga.html http://www.kakiwayang.com/filem-2013/the-hobbit-the-desolation-of-smaug-2013-pengembaraan-si-kerdil-melawan-naga.html http://www.kakiwayang.com/filem-2013/the-hobbit-the-desolation-of-smaug-2013-pengembaraan-si-kerdil-melawan-naga.html http://www.kakiwayang.com/filem-2013/the-hobbit-the-desolation-of-smaug-2013-pengembaraan-si-kerdil-melawan-naga.htmlItu yang Nampak xberapa logik la dekat situ.

The Hobbit : The Desolation of Smaug (2013)   Pengembaraan Si Kerdil Melawan Naga

 

Dan Kili (Dwarf) adalah orang yang paling bertuah dalam movie ni….biarpun berapa saat or minit je dia bertembung dengan Tauriel….haish….ada juga la muka hensem di kalangan Dwaf tu..

Dikalangan dwarf tu ada nama Bombur…dan rupanya Bombur ni adalah bapa kepada Gimli (LOTR), pandai betul buat kesinambungan di situ. Dan Bombur ni pun gila tempur gak cam Gimli…haha..

The Hobbit : The Desolation of Smaug (2013)   Pengembaraan Si Kerdil Melawan Naga

Gua xberapa gemor perangai Gandalf dalam filem2 ni dia selalu je blah gitu time nak part2 yang susah. Ye la paham dia ada tugas lagi penting…tapi nampak keji plak ..haha…cam boleh kene bahan dekat 9gag ni. Ni nak masuk Mirkwood, rilek je, oh saya kene pegi tempat lain, nanti jumpa kat pintu gunung sana la ye…haha…

 

Time saya ingat cerita ni dah kira cukup best n ingat dah nak habis..sekali ada plak babak Bilbo berdepan Smaug dalam kawasan simpanan emas tu yang memang cantik grafiknya….memang seronok la tonton…pastu boleh diorang lawan lagi….haish, berbaloi la kalau keluar duit nak tengok filem ni pun…lagi2 3D….tu belum cerita pasal kes Bard lagi…

 The Hobbit : The Desolation of Smaug (2013)   Pengembaraan Si Kerdil Melawan Naga

 

Ah, panjang sangat la pulak review kali ni…kesimpulan dia filem ni memang berbaloi kamu spend duit dan masa selama 2jam setengah tu untuk menikmati filem ni….tak tengok rugi la, lagi2 sebab kamu dah tengok LOTR dan tak sabor nak tunggu filem ke-3 Hobbit ni…hehe…Ok la, jumpa lagi di review akan datang bila kami jumpa filem yang berbaloi nak review kat korang…hehe..

The Hobbit : The Desolation of Smaug (2013)   Pengembaraan Si Kerdil Melawan Naga


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9